Sunday, 20 May 2018

Modul Guru TMK Tahun 6

Modul dan Bahan TMK Tahun 5

Modul-Modul TMK Tahun 4

Elemen Teks - Mengkaji Multimedia


Multimedia merujuk kepada gabungan dua atau lebih elemen multimedia iaitu teks, imej, audio, video dan animasi.

Teks merupakan asas utama penyaluran sesuatu maklumat. Teks berada dalam bentuk perkataan, ayat atau perenggan. Ia digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea atau fakta. Teks ialah sebarang aksara yang di taip pada komputer. Aksara terdiri daripada abjad, simbol dan nombor.


Panduan Menggunakan Teks dalam Multimedia
  • Pastikan Teks yang Digunakan Boleh Dibaca 
  • Pemilihan Warna Teks yang Bersesuaian 
  • Pemilihan Stail Teks yang Bersesuaian 
  • Gunakan Teks yang Ringkas tetapi Padat 
  • Awasi Kuantiti Teks pada Paparan

Contoh: Buku Cerita dan surat khabar.

Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com

Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com | Giveaway simple ini dianjurkan khas bagi meraikan bulan ulangtahun pernikahan AS dengan suami iaitu bulan Mei. Syarat untuk join giveaway ni sangat mudah. Kita cuma perlu jawab soalan di bawah ni dan siarkan entri giveaway kat blog. 

Dalam masa yang sama, nak juga selit doa, moga-moga penyatuan dua jiwa ini akan kekal bahagia hingga syurga dan dikurnia zuriat yang menjadi penawar hati di dunia dan juga akhirat.


  • Sekeping syiling ¼ Dinar bakal di giveaway kan bagi yang bertuah! 
  • Kita dibenarkan teka seberapa banyak yang kita nak tapi dengan syarat, setiap jawapan mesti disertai dengan satu entri.

🔴 Soalan : AS menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke?
🔴 Jawapan : Yang Ke ke-6 (31 Mei 2012 - 31 Mei 2018) 

Jangan lupa tinggalkan link entri kita kat ruangan komen! Kalau rajin, follow la sekali blog As. Tak adalah nanti terlepas update pasal pemenang giveaway ni.

Segmen: Aminkan Doa Sahabat

Assalamualaikum, selamat pagi dan salam Ramadan. Lama sangat tak update blog ni, tengah nak warm up, jadi kena banyak blogwalking dan sapa menyapa kawan-kawan yang lain. Tengah jalan-jalan baca blog-blog rakan blogger tadi, terjumpa posting Ejulz. Boleh klik link (http://ejulz.blogspot.my/) untuk baca lanjut tentang segmen ni:

Doa saya sempena Ramadan ini:
Semoga diberikan kesempatan masa dan tenaga untuk sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain. Moga-moga kita semua sihat sejahtera di bawah lindungan rahmat-Nya.